Html Free Code


Followers

20 September 2012

MEMBUKA PERNIAGAAN

  Untuk membuka perniagaan, peniaga harus merancang perniagaan sebelum memulakan perniagaan.

   Merancang perniagaan adalah sangat penting untuk membuat perancangan yang menyeluruh sebelum memulakan perniagaan bagi memudahkan peniaga untuk mengelak da mengatasi sebarang masalah yang akan timbul semasa perniagaan dijalankan. Perancangan harus berkisar kepada satu kerangka asas yang merangkumi semua fasa operasi dan menyediakan jawapan kepada segala isu sebelum operasi bermula. Penyedian perancangan juga merupakan perkara asas untuk memulakan perniagaan. Strategi dan perancangan yang kreatif adalah satu pakej yang diperlukan dalam membuat rancangan perniagaan. Dengan itu, peniaga akan lebih mudah menjalankan perniagaannya bagi mendapatkan keuntungan.

 Selain itu peniaga boleh boleh menetapkan hala tuju dan menjalankan kajian serta perancangan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang bentuk usaha niaga yang bakal dijalankan. Antara pilihan bentuk-bentuk perniagaan adalah perniagaan secara tunggal , perniagaan perkongsian dan juga perniagaan dengan menubuhkan sebuah syarikat. Peniaga harus membuat pilihan yang tepat dan sesuai untuk memulakan sesebuah perniagaan.


                                                      
                                                        post by : Nur Nabila Amalina