Html Free Code


Followers

17 September 2012

USHAWAN VS PERNIAGAAN

    Rancangan perniagaan sebagai pelan atau peta yang diperlukan bagi mengendalikan aktiviti perniagaan. Dokumen ini menbantu usahawan mengkaji semula atau mengubah suai aktiviti dan hala tuju yang telah ditetapkan semasa memulakan dan mengendalikan perniagaan.


   Sebagai panduan untuk mengurangkan risiko kegagalan perniagaan dengan membuat anggaran dan perkiraan hasil dan kos yang terlibat dalam perniagaan yang dirancangkan.

    Oleh itu, usahawan akan mengkaji dan menilai sesebuah rancanagn perniagaan sebelum membuat keputusan untuk memulakannya. Secara tidak langsung penyediaan rancangan perniagaan memerlukan usahawan mengumpul maklumat terkini dalam pasaran.

   Rancangan perniagaan juga disediakan untuk mengira jumlah modal atau wang yang diperlukan bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan. Oleh itu, pnyediaan dokumen ini dapat membantu usahawan mengenal pasti jumlah modal permulaan dan sumber pembiayaan yang diperlukan.

   Penyediaan rancangan perniagaan membantu usahawan memahami denga mendalam mengenai bidang perniagaan yang bakal diceburi. Usahawan perlu mengetahui setiap aspek pengurusan prniagaan seperti pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan



post by: Nabilah shahri