Html Free Code


Followers

18 September 2012

PERANCANGAN KEWANGAN

   Merancang kewangan merupakan aktiviti penting yang menentukan potensi perniagaan. Perancangan kewangan melibatkan perancangan jangka pendek dan jangka panjang. Nilai aset yang ditunjukan dalam kunci kira-kira merupakan hasil daripada keputusan dan tindakan yang diambil oleh usahawan dalam perniagaannya. Aset perniagaan terdiri daripada aset semasa dan bukan aset semasa.


  Usahawan perlu mengetahui teknik-teknik menilai pelaburan aset tetap. Aset tetap merupakan aspek penting dalam pengurusan kewangan perniagaan kerana pelaburan ini menentukan kadar perkembangan perniagaan.

  Usahawan perlu mengetahui bagaimana untuk membiayai keprluan perniagaan untuk membantu perkembangan perniagaan. Keputusan untuk membiayai perniagaan membabitkan pemilihan sumber pembiayai sama ada menggunakan sumber pinjaman atau ekuiti.

   Pemegangan wang tunai yang berlebihan dalam perniagaan tidak akan member pulangan kecuali jika lebihan wang tersebut dilaburkan.


post by: Nabilah Shahri