Html Free Code


Followers

21 September 2012

CARA-CARA MEMAJUKAN PERNIAGAAN DENGAN BAIK


-          Mungkin ramai orang tertanya-tanya bagaimana kita merancang   agar perniagaan sentiasa berjalan lancar. Dalam memajukan sesuatu perniagaan, usahawan hendaklah mempunyai pendirian yang teguh dan tidak mudah berputus asa meskipun kecundang sekali.
-          Kita boleh memajukan perniagaan kita melalui promosi barangan ataupun bahan  mentah yang kita ingin jual kepada masyarakat. Dengan adanyapromosi, kita   akan dapat perkenalkan barang tersebut berserta ciri-cirinya, harga sebenar dengan harga promosi. Kita juga hendaklah melakukan promosi di tempatyang ramai orang ataupun melakukan promosi di tempat yang besar kawasannya seperti Tesco, Jusco, Giant dan sebagainya ataupun kita juga boleh mempromosi barangan kita melalui televisyen, radio dan papankenyataan.
-          Kadangkala,kita akan kekurangan tenaga buruh dalam perniagaan kita mungkin disebabkan oleh pendapatan yang diberi itu kurang, atau sikap pengarahnya yang tidak puas hati terhadap pekerjanya. Oleh itu,seorang pengarah hendaklah mengubah sikap yang  tidak menyenangkan pekerjanya dan menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Dalam pengambilan pekerja pula boleh dilakukan melaui pemberitahuan tentang jawatan kosong dalam syarikat nya melalui internet dan sebagainya.
-          Selain itu, perniagaan ini juga berlaku kemerosotan kewangan, oleh itu kita kena buat rancangan yang lebih  spesifik dan efektif dalam pengurusan kewangan dan mengambil pekerja yang lebih mahir dalam  bidang akaun serta mengambil pekerja yang jujur dan cekap serta yang paling penting tidak mengikis duit syarikat.
-          Pernagaan juga boleh dimajukan lagi melalui mengeksport atau mengimport barang atau bahan mentah keluar Negara untuk mendapatkan keuntungan bagi i membantu perniagaan kita. Selainitu, untu kmenjadi seorang usahawan, usahawan hendaklah sentiasa berfikiran  positif dan bepekertimulia dalam perniagaan dan terhadap pekerjanya agar sentiasa menghormati pengarahnya.

post by: Erika Flores