Html Free Code


Followers

21 September 2012

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Ramai masyarakat diluar yang masih tidak tahu sektor pertanian juga merupakan perniagaan yang boleh menbawa sehingga keperingkat antarabangsa. Pelbagai kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan untuk memajukan rakyat supaya dapat mengelakkan daripada masyarakat yang mengganggur. Yang pasti individu itu sendiri yang harus berkerja keras untuk membangunkan diri sendiri.


Fungsi pertanian  pada peringkat awalnya adalah untuk memenuhi keperluan asas manusia iaitu makanan dan minuman. Namun apabila meningkatnya tamadun manusia, maka fungsi pertanian telah berubah. Daripada pertanian untuk sara diri ia bertukar menjadi pertanian untuk perniagaan. Apa yang nyata pertanian adalah perniagaan yang memberi peluang besar kepada umat Islam khususnya dalam pengeluaran makanan halal. Menurut sumber industri, pasaran makanan halal dunia bernilai 500 bilion USD hingga 2 trilion USD setahun yang melibatkan 1.8 bilion umat Islam.

          Dengan demikian bidang perniagaan dalam pertanian khususnya dalam pengeluaran makanan dan produk halal membuka peluang pekerjaan dan keuntungan yang besar kepada pelabur dan pengusaha.Untuk berjaya di dalam bidang pertanian kita perlu ada role model petani-petani berjaya.  Skala pertanian yang kecil masih menjadi masalah besar dan menghalang para petani meningkatkan pendapatan mereka.  Petani harus bekerja pada skala ekonomi yang dapat meningkatkan pendapatan dengan mengkomersialkan usaha yang ada.  Di sinilah letaknya peranan bank dan agensi berkaitan untuk membatu petani mengusahakan sektor pertanian secara komersial. Untuk memastikan pertanian yang diusahakan menguntungkan, usahawan tani perlu sedia berubah terhadap cara berfikir, bertindak dan membuat keputusan sebagai seorang usahawan.  Setiap perbelanjaan dan pendapatan direkod bagi mengetahui untung rugi sesuatu projek yang diusahakan.  Trend pasaran, risiko dalam bidang pertanian, keadaan persekitaran, cuaca dan lain-lain yang berkaitan dengan faktor pengeluaran perlu sentiasa diberikan perhatian

Jika ingin mendapatkan maklumat lebih banyak anda boleh berhubung terus dengan pelbagai agensi kerajaan ataupun swasta yang memberi perlindungan untuk golongan petani.
                                 ANTARA BADAN-BADAN YANG
TERLIBAT DALAM PERTANIAN








post by: Nurul Aqilah