Html Free Code


Followers

21 September 2012

PERNIAGAAN KECILAN

dalam konteks ini, saya berpendapat untuk berjaya dalam perniagaan kita seharusnya memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. tidak semua boleh berjaya dan mengaut keuntungan dengan mudah. oleh itu, perniagaan yang dikategorikan sebagai firma boleh diwujudkan bagi peniaga kecil.

pelbagai kemudahan yang boleh kita laksanakan untuk membuka firma kecil seperti Industri Kecil dan Industri (IKS), FAMA dan banyak lagi.
 contonya:

penjualan sos cili secara kecilan


barang kraftangan

kraftangan seni batik di Terengganu



pembuatan kuih 

generasi muda menjual air di pasar



post by: Ezzaty

KEDAI KEK


Dalam sesebuah perniagaan, kita hendaklah mempunyai perncangan tersendiri bagi memajukan perniagaan kita. Disini, saya merancang untuk memulikan perniagaan kedai kek. Dalam memulakan perniagaan kedai kek, kita hendaklah memerlukan modal yang banyak untuk menghasilkan kek.
          Selain itu, kita juga boleh menyediakan pelbagai resepi kek yang baru daripada yang lain serta mempunyai pelbagai citarasa yang boleh menarik perhatian atau selera pelanggan.
          Seterusnya, bagi peniaga yang memulakan perniagaan, mereka boleh melakukan promosi kedai kek yang telah ditubuhkan melalui membeir sampel kek kepada pelanggan yang sudi mengunjungi kedai kek tersebut.
          Sekiranya, kedai kek tersebut berkembang maju dan mempunyai prestasi untuk berjaya, mereka boleh mengembangkan lagi perniagaan dengan membuka cawangan-cawangan baru di serata tempat.
          Akhir sekali, kedai kek tersebut hendaklah mempunyai etika dan cara yang sopan serta mempunyai kebersihan yang baik agar dapat memajukaqn lagi perniagaan dan pelanggan juga tidak jemu untuk berkunjung ke kedai tersebut. 

post by: Ezzaty 

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Ramai masyarakat diluar yang masih tidak tahu sektor pertanian juga merupakan perniagaan yang boleh menbawa sehingga keperingkat antarabangsa. Pelbagai kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan untuk memajukan rakyat supaya dapat mengelakkan daripada masyarakat yang mengganggur. Yang pasti individu itu sendiri yang harus berkerja keras untuk membangunkan diri sendiri.


Fungsi pertanian  pada peringkat awalnya adalah untuk memenuhi keperluan asas manusia iaitu makanan dan minuman. Namun apabila meningkatnya tamadun manusia, maka fungsi pertanian telah berubah. Daripada pertanian untuk sara diri ia bertukar menjadi pertanian untuk perniagaan. Apa yang nyata pertanian adalah perniagaan yang memberi peluang besar kepada umat Islam khususnya dalam pengeluaran makanan halal. Menurut sumber industri, pasaran makanan halal dunia bernilai 500 bilion USD hingga 2 trilion USD setahun yang melibatkan 1.8 bilion umat Islam.

          Dengan demikian bidang perniagaan dalam pertanian khususnya dalam pengeluaran makanan dan produk halal membuka peluang pekerjaan dan keuntungan yang besar kepada pelabur dan pengusaha.Untuk berjaya di dalam bidang pertanian kita perlu ada role model petani-petani berjaya.  Skala pertanian yang kecil masih menjadi masalah besar dan menghalang para petani meningkatkan pendapatan mereka.  Petani harus bekerja pada skala ekonomi yang dapat meningkatkan pendapatan dengan mengkomersialkan usaha yang ada.  Di sinilah letaknya peranan bank dan agensi berkaitan untuk membatu petani mengusahakan sektor pertanian secara komersial. Untuk memastikan pertanian yang diusahakan menguntungkan, usahawan tani perlu sedia berubah terhadap cara berfikir, bertindak dan membuat keputusan sebagai seorang usahawan.  Setiap perbelanjaan dan pendapatan direkod bagi mengetahui untung rugi sesuatu projek yang diusahakan.  Trend pasaran, risiko dalam bidang pertanian, keadaan persekitaran, cuaca dan lain-lain yang berkaitan dengan faktor pengeluaran perlu sentiasa diberikan perhatian

Jika ingin mendapatkan maklumat lebih banyak anda boleh berhubung terus dengan pelbagai agensi kerajaan ataupun swasta yang memberi perlindungan untuk golongan petani.
                                 ANTARA BADAN-BADAN YANG
TERLIBAT DALAM PERTANIAN








post by: Nurul Aqilah

CARA-CARA MEMAJUKAN PERNIAGAAN DENGAN BAIK


-          Mungkin ramai orang tertanya-tanya bagaimana kita merancang   agar perniagaan sentiasa berjalan lancar. Dalam memajukan sesuatu perniagaan, usahawan hendaklah mempunyai pendirian yang teguh dan tidak mudah berputus asa meskipun kecundang sekali.
-          Kita boleh memajukan perniagaan kita melalui promosi barangan ataupun bahan  mentah yang kita ingin jual kepada masyarakat. Dengan adanyapromosi, kita   akan dapat perkenalkan barang tersebut berserta ciri-cirinya, harga sebenar dengan harga promosi. Kita juga hendaklah melakukan promosi di tempatyang ramai orang ataupun melakukan promosi di tempat yang besar kawasannya seperti Tesco, Jusco, Giant dan sebagainya ataupun kita juga boleh mempromosi barangan kita melalui televisyen, radio dan papankenyataan.
-          Kadangkala,kita akan kekurangan tenaga buruh dalam perniagaan kita mungkin disebabkan oleh pendapatan yang diberi itu kurang, atau sikap pengarahnya yang tidak puas hati terhadap pekerjanya. Oleh itu,seorang pengarah hendaklah mengubah sikap yang  tidak menyenangkan pekerjanya dan menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Dalam pengambilan pekerja pula boleh dilakukan melaui pemberitahuan tentang jawatan kosong dalam syarikat nya melalui internet dan sebagainya.
-          Selain itu, perniagaan ini juga berlaku kemerosotan kewangan, oleh itu kita kena buat rancangan yang lebih  spesifik dan efektif dalam pengurusan kewangan dan mengambil pekerja yang lebih mahir dalam  bidang akaun serta mengambil pekerja yang jujur dan cekap serta yang paling penting tidak mengikis duit syarikat.
-          Pernagaan juga boleh dimajukan lagi melalui mengeksport atau mengimport barang atau bahan mentah keluar Negara untuk mendapatkan keuntungan bagi i membantu perniagaan kita. Selainitu, untu kmenjadi seorang usahawan, usahawan hendaklah sentiasa berfikiran  positif dan bepekertimulia dalam perniagaan dan terhadap pekerjanya agar sentiasa menghormati pengarahnya.

post by: Erika Flores

KELEMAHAN DALAM SESUATU PERNIGAAN


Terdapat banyak kelemahan dalam sesuatu perniagaan dimana  ia disebabkan oleh usahawan  itu sendiri atau pun pekerjanya.
Perniagaan ini mengalami kemerosotan disebabkan oleh usahawan itu sendiri kerana mungkin juga usahawan itu.Kadangkala, kemerosotan ini juga berlaku disebabkan oleh ketidakcekapan atau tidak mempunyai pengalaman  dan kemahiran serta  tidak mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam menguruskan perniagaan. Kemerosotan juga wujud dalam perniagaan disebabkan oleh kecuaianpekerjanya dalam melakukan kerja. Kadangkala,pekerjanya mungkin mengalami masalah kewangan sehingga wang syarikat dikikis sedikit demi sedikit tanpa pengetahuan pengarahnya.
Terakhir sekali, perniagaan ini merosot mungkin disebabkan oleh pekerja yang tidak mempunyai kemahiran ataupun pengalaman dalam pekerja sehingga menyebabkan ramai pelatih diperlukan untuk mengurus pekerjaan yang tidak mempunyai kemahiran dalam  bidang tersebut.

post by: Erika

20 September 2012

pEmaSaraN


Membuka perniagaan mesti mempunyai rancangan pemasaran iaitu barang atau perkhidmatan yang ditawarkan merancangann  dengan jelas bentuk barangan atau perkdmatan yang akan ditawarkan kepada setiap pelangan. Selain itu, sasaran pasaran iaitu profail pelangan di sekitar kewanagn berkenaan. Menerangkan juga mengenai saiz pasaran dalam bentuk unit atau rnggit jualah, atau kedua-dua sekali. Ini merupakan langkah pertama dalam menganggarkan ramalan jualan. Seterusnya adalah dari segi ramalan jualan untuk membanyu syarikat mengeluarkan produk bagi memenuhi permintaan dan menbantu menyediakan anggaran kewangan yang mencukupi bagi meneruskan perniagaan setiap tahun.
Dalam memestikan perniagaan yang ingin ditubuhkan perlu diperlihatkan menerusi rancangan kewangan iaitu kos pelaksaan projek yang ingin dijalankan oleh setiap perniagaan projek yang ingin di jalankan oleh setiap perniaga-perniaga baru. Selain itu, dapat dilihat menerusi sumber pembiayaan projek pengeluaran pemasaran itu sendiri. Penyata pendapatan juga penting bagi memastikan keuntungan atau rugi semasa sesebuah perniagaan itu dilaksanakan. Kunci kira-kira juga perlu ada untuk penyata akaun. Jadual bayaran balik pinjaman atau sewa beli harus diambil kira untuk menyelesaikan hutang-hutang yang tertunggak dapat dijelaskan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Ini termasuk juga jadual susutnilai kenderan, banguan , perabot dan lain-lain asset tetap adalah termasuk dalam kategori belanja.
Disini jelaslah setiap pemohon hendaklah mengulas seba ringkas tujuan projek ini dijalankan dan rancangan perniagaan serta menekankan harapan agar rancangan perniagaan ini diprtimbangkan denganayat dan terma yang bersesuaian supaya rancangan perniagaan anda menyakinkan pihak penilaian projek.

post by: Ezzaty  

kAteRing


Memandangkan rancangan pemasaran sesuatu perniagaan amat penting, bagi menjalankan perniagaan berbagai-bagai  usaha yang perlu dilakukan untuk memastikan perniagaan yang diceburi ini akan menghasilkan pulangan yang menguntungkan setiap tahun.
                Dalam menceburi perniagaan katering ini memerlukan tenaga kerja yang mahir. Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Malaysia akan terus mengadakan majlis-majlis jamuan seperti perkahwinan dan aneka jamuan. Dengan kesibukan tugasan harian, maka mereka mengambil jalan pintas menggunakan khidmat kataring supaya majlis yang diatur akan bejalan lancar.
                Dapat dilihat, majority pelanggan menggunakan khidmat kataring bagi membekalkan dan menguruskan kerja-kerja berkaitan. Oleh itu sudah sampai masanya perniagaan ini mengorak langkah dengan lebih dengan lebih berdaya maju dan menyahut cabaran yang diberikan. Diharapkan perniagaan ini akan berpeluang untuk turut sama-sama menjadi sebahagian daripada usahawan yang Berjaya di Negara ini





post by: Siti Normah

cUriga Nak bErniaga??


terlalu banyak peluang untuk semua menceburi bidang perniagaan, berani atau takut sahaja jawapannya untuk seseorang itu menghadapi risiko yang memang semua akan hadapi. pelbagai cara yang boleh kita elakkan daripada berlaku perkara-perkara yang tidak diduga. iaitu dengan membuat perancangan awal:




1: membuat bajet modal awal.
2.menyediakan kertas keja tentang maklumat perniagaan.
3.sentiasa merancang supaya dapat menangani masalah dengan segera.
4.jangan berniaga dengan tujuan mendapat keuntungan semata-mata.
5.sentiasa uptade maklumat perniagaan.

ramai masyarakat yang takut untuk memulakan pernigaan kerana takut mendapat kerugian, keuntungan dan kerugian memang menjadi tradisi dalam perniagaan. oleh itu, setiap peniaga harus mendapatkan strategi yang menarik untuk menarik minat pelanggan.


walaupun hanya perniagaan secara kecil-kecilan tidak semestinya tidak boleh mendapat keuntungan yang besar.


post by:  Nurul Aqilah

STRATEGI DARIPADA PERNIAGAAN KECIL KE JUTAWAN


   Perniagaan merupakan satu peluang dan ruang yang benar-benar memberikan pulangan yang lumayan khusus bagi mereka yang serius dakam menjalankan perniagaan yang diceburi. Tidak kiralah perniagaan apapun, yang pentingprospek perniagaan sememangnya salah satu cabang untuk seseorang itu bergelar jutawan. Strategi-strategi berikiu adalah:-

1. MESTI PANDAI MENCURI 
  • untuk menjadi seorang yang berjaya dalam lapangan perniagaan, pihak tersebut mestilah pandai mencuri. JANGAN TERKEJUT !! mencuri yang dimaksudkan ini bukanlah bererti perlu melakukan jenayah, tetapi mencuri yang dimaksudkan adalah bijak mengambil peluang yang ada dalam dunia perniagaan yang mana peluang-peluang tersebut dapat membantu untuk meningkatkan lagi kejayaan perniagaan yersebut.
2. MOTIVASI YANG TINGGI
  • kegagalan merupakan satu lumrah yang biasanya akan kita hadapi oleh para peniaga. tetapi itu bermakna kegagalan tersebut akan membuatkan kita terus gagal dan tidak boleh mengecapi kejayaan selepas itu. malah kegagalan dalam perniagaan sekirannya dipandang dari sudut yang positif dapat dijadikan sebagai satu motivasi pembakar semangat untuk meneruskan usaha membangunkan semula perniagaan yang telah mengalami kegagalan

3. LAIN DARIPADA YANG LAIN
  • Apabila kita membuat sesuatu perkara yang pelik, kita akan mendapat perhatian yang lebih berbanding kita membuat perkara-perkara biasa. Contohnya, apabila kita memakai baju secara terbalik dan kemudian kita berjalan di pasar raya, pasti akan menjadi tumpuan masyarakat. memanglah memalukan tetapi ini akan menjadi kan aplikasi perniagaan.
4. PESAINGAN YANG SIHAT
  • Dalam sesuatu perniagaan kecil mahupun besar, pesaingan sememangnya selau wujud dan berlaku. pesaingan juga boleh memberi kesan buruk kepda perniagaan. Pesaingan yang tidak dapat ditangani dengan baik terutama oleh para peniagaan kecil membuatkan meraka berasa sukar untuk meneruskan perusahab yang dijalankan.

                                                                      post by : Nur Nabila Amalina

MEMULAKAN PERNIAGAAN

   Setelah melalui proses perancangan perniagaan, peniaga boleh memulakan perniagaan. Sebelum memulakan perniagaan, perlulah memastikan bahawa perniagaan yang akan dijalankan didaftarkan di samping memastikan segala lesen dan permit perniagaan diperolehi dan juga mengenalpasti lokasi dan tapak perniagaan


     Peniaga harus mendaftarkan perniagaannya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengikut peruntukkan perundangan yang digariskan iaitu di bawah Akta Syarikat 1965.

   Selain itu, perniagaan juga boleh membuat hidup kita menjadi serba senang dengan adanya sebuh perniagaan. memiliki perniagaan sendiri barangkali merupakan satu cara yang paling terjamin untuk memenuhi kehendak sara hidup.

   Hakikatnya ini banyak berlaki di negara kita seperti malaysia, di mana kemewahan dinikmati oleh sebahagian besarb daripada masyarakatnya. Sejajar dengan ekonomi negara yang sedang berkembang maju, menjalankan perniagaan di negara ini boleh mendatangkan pulangan yang tinggi.

    Akhir sekali, kita mesti merancang untuk membuka sesuatu perniagan, kerana iainya lebih mudah untuk kita membuka sebuah perniagaan.


                                               post by : Nur Nabila Amalina

MEMBUKA PERNIAGAAN

  Untuk membuka perniagaan, peniaga harus merancang perniagaan sebelum memulakan perniagaan.

   Merancang perniagaan adalah sangat penting untuk membuat perancangan yang menyeluruh sebelum memulakan perniagaan bagi memudahkan peniaga untuk mengelak da mengatasi sebarang masalah yang akan timbul semasa perniagaan dijalankan. Perancangan harus berkisar kepada satu kerangka asas yang merangkumi semua fasa operasi dan menyediakan jawapan kepada segala isu sebelum operasi bermula. Penyedian perancangan juga merupakan perkara asas untuk memulakan perniagaan. Strategi dan perancangan yang kreatif adalah satu pakej yang diperlukan dalam membuat rancangan perniagaan. Dengan itu, peniaga akan lebih mudah menjalankan perniagaannya bagi mendapatkan keuntungan.

 Selain itu peniaga boleh boleh menetapkan hala tuju dan menjalankan kajian serta perancangan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang bentuk usaha niaga yang bakal dijalankan. Antara pilihan bentuk-bentuk perniagaan adalah perniagaan secara tunggal , perniagaan perkongsian dan juga perniagaan dengan menubuhkan sebuah syarikat. Peniaga harus membuat pilihan yang tepat dan sesuai untuk memulakan sesebuah perniagaan.


                                                      
                                                        post by : Nur Nabila Amalina

19 September 2012

KEPENTINGAN DALAM SESEBUAH ORGANISASI

    Organisasi adalah amat penting dalam sesebuah perniagaan kerana dengan adanya strutur organisasi, kita akan lebih mudah untuk mengurus dan mengawal pekerja pekerja kita dalam sector perniagaan.

   Selain itu, struktur organisasi juga boleh dilakukan mengikut hierarki maslow dari jawatan yang rendah hinggalah jawatan yang tinggi.
   
   Seterusnya,organisasi dilakukan untuk menetapkan hari dan waktu untuk pekerja bekerja dalam perniagaan tersebut.
   
   Dalam perniagaan, organisasi memang diperlukan agar pekerja tidak akan kucar kacir dalam melakukan pekerjaan dan pekerja akan lebih mudah untuk mengetahui segala urusan yang mereka lakukan dari segi pemprosesan barang, pengambilan kelapa sawit ,pengurusan bahan mentah dan sebagainya.
   
   Akhirsekali, seorang usahawan hendaklah membuat struktur organisasi dalam perniagaan agar segala urusan yang dilakukan dapat berjalan dengan lancer dan tidak mendatangkan masalah dalam sesuatu organisasi







post by: Erika Flores

18 September 2012

DI SEBALIK PERNIAGAAN

      Permulaan untuk berniaga dirumah merupakan impian kebanyakan orang dan ia semakin meningkatkan bilangannya dari tahun ke tahun . Mereka yang telah memulaakan perkerjaan di rumah mempunyai keyakinan bahawa mereka memang boleh melakukannya. Terdapat beberapa factor yang memberi kelebihan kepada mereka yang telah mengambil peluang melakukan perniagaan dari rumah hasil dari keputusan yang bijak diperingkat awal. Antra faktor utama yang menjadikan golongan kita mengusahakan perniagaan ini adalah keinginan untuk tinggal di rumah bersama anak-anak, bagi mengelak diri kesesakan lalu lintas dan sebagainya.



   Perniagaan dirumah atau dengan perkataan paling muda membuka peluang untuk membolehkan individu menikmati kehidupan lebih baik dari perkerjaan mereka. Sehubungan dengan itu mereka yang melakukan perniagaan ini secara sepenuh masa telah dapat membiayai bil-bil dan dapat membayar untuk perbelanjaan yang lain tanpa menggunakan gaji bulanan mereka ada sebahagian mereka sebagai satu pendapatan berterusan dari satu generasi yang lain.





    

   Individu yang telah membina satu rancangan perniagaaan untuk berniaga dari rumah memiliki hasrat untuk menjadikan ia satu bidang yang serius mereka sangguup melaburkan masa dan mempertinggkatkan usaha untuk merealisasikan perniagaan mereka agar benar-benar Berjaya. Penting bagi memastikan bahawa perniagaan yang berasaskan rumah atau tidak kiralah apa jua perniagaan yang berkaitan dengannya menawarkan produk-produk untuk dijual serta memperolehi keuntungan yang baik kepada pemilik perniagaan di rumah khususnya. Mereka harus mencari lebih dari satu produk atau atau perkhidmatan untuk satu-satu pasaran.

  Ramai yang mengambil bahgian dalam perniagaan beroperasi di rumah. Ada yang melakukannya secara separuh masa dan ada juga yang melakukannya secara sepenuh masa. Bagi mereka yang mengambil ianya sebagai iniseatif harus memastikan beberapa faktor asa dapat ditangani.



post by: siti normah

KESILAPAN DALAM PERANCANGAN

    Apa yang kita tahu, masyarakat perniagaan merupakan salah satu cara untuk kita mencari sumber rezeki, oleh itu, ramai yang telah menceburi bidang itu. Mereka memang merancang sebelum membuka perniagaan, tetapi bermungkinan rancangan mereka bukannlah cara yang betul. usahawan boleh mendapatkan maklumat dari para konsultan yang berdaftar seperti UNI-MASTER CONSULTANT Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh usahawan ialah:


 - Jangan menangguhkan penulisan satu pelan. Selain itu, Jangan menunggu sehingga anda mempunyai masa yang mencukupi, jangan menunggu sehingga anda telah orang kanan, dan pasti jangan menunggu sehingga di sana satu sebab segera anda tiba-tiba memerlukan satu pelan. Sebaliknya, hanya masa kini. Mengenali yang anda perlu satu rancangan perniagaan dan yang langkah pertama anda adalah menyediakan rancangan pertama anda. Mendapat suatu draf ke atas dan permintaan dan kemudian meneruskan pengemaskinian ia untuk memastikan ia semasa dengan perniagaan anda. Memang, anda tidak lama lagi akan menyedari yang rancangan anda mungkin tidak pernah dilaku, tetapi perkara penting adalah, anda adalah merancangkan. Harus kamu selalu menjadi merancang perniagaan saudara.

- Jangan kelirukan wang tunai dengan keuntungan-keuntungan. Menunggu untuk pelanggan-pelanggan membayar boleh melumpuhkan kedudukan kewangan anda tanpa mempengaruhi anda memperoleh. Memuatkan inventori anda menyerap wang tanpa mengubah keuntungan-keuntungan. Kebanyakan daripada perbelanjaan pembelian wang anda inventori tidak menjejaskan keberuntungan, tetapi aliran tunai adalah kebanyakan lebih penting dari keberuntungan kerana keuntungan-keuntungan adalah satu konsep perakaunan dan wang tunai adalah wang dalam bank itu anda tak bayar anda mengiklankan dengan keuntungan-keuntungan.

                                            post by: Nurul Aqilah

PERANCANGAN KEWANGAN

   Merancang kewangan merupakan aktiviti penting yang menentukan potensi perniagaan. Perancangan kewangan melibatkan perancangan jangka pendek dan jangka panjang. Nilai aset yang ditunjukan dalam kunci kira-kira merupakan hasil daripada keputusan dan tindakan yang diambil oleh usahawan dalam perniagaannya. Aset perniagaan terdiri daripada aset semasa dan bukan aset semasa.


  Usahawan perlu mengetahui teknik-teknik menilai pelaburan aset tetap. Aset tetap merupakan aspek penting dalam pengurusan kewangan perniagaan kerana pelaburan ini menentukan kadar perkembangan perniagaan.

  Usahawan perlu mengetahui bagaimana untuk membiayai keprluan perniagaan untuk membantu perkembangan perniagaan. Keputusan untuk membiayai perniagaan membabitkan pemilihan sumber pembiayai sama ada menggunakan sumber pinjaman atau ekuiti.

   Pemegangan wang tunai yang berlebihan dalam perniagaan tidak akan member pulangan kecuali jika lebihan wang tersebut dilaburkan.


post by: Nabilah Shahri

KEPENTINGAN PERANCANGAN PERNIAGAAN

   Antara perancangan perniagaan adalah mendapatkan pertimbangan dan kelulusan pihak bank. Perkara yanag paling terpenting untuk memulakan sesuatu perniagaan adalah kesungguhan. Jika tiada bukti melalui penyediaan racangan perniagaan, phak bank akan mengatakan bahawa kita tidak serius dan hangat-hangat tahi ayam. Lebih-lebih lagi untuk mendapatkan kepercayaan pihak lain terutamanya pihak bank yang menyediakan pembiayaan dari segi modal.


   Selain itu, melihat dan menilai perniagaan secara keseluruhan. Tujuan yang kedua adalah untuk kegunaan uasahaan itu sendiri. Bagaimana mereka boleh melihat dan menilai secara keseluruhan. Sebab dan tujuan perniagaan itu diwujudkan. Perkara yang paling penting adalah produk yang akan dipasarkan atau mungkin servis dan perkhidmatan yang akan disediakan kepada pelanggan.

   Seterusnya, menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan. Tujuan menyediakan rancanga perniagaan adalah untuk menjadi garis panduan menguruskan perniagaan supaya menjadi lebih sisitematik. Tentang produk atau jenis perkhidmatan dan servis yang akan dijalankan.

   Selanjutnya, mengkaji dan menilai potensi. Rancangan perniagaan juga ditulis untuk mengkaji dan menilai sama ada perniagaan yang akan dilaksanakan mempunyai potensi untuk terus maju atau sebaliknya.

    Akhir sekali, sebagai idea untuk menyakinkan pihak lain. Rancangan perniagaan juga mempunyai tujuan bagi menyakinkan pihak-pihak tertentu tentan idea-idea perniagaan dan boleh dijadikan sebagai asas bagi cadangan mendapatkan pembiayaan.


post by: Nabilah Shahri

17 September 2012

USHAWAN VS PERNIAGAAN

    Rancangan perniagaan sebagai pelan atau peta yang diperlukan bagi mengendalikan aktiviti perniagaan. Dokumen ini menbantu usahawan mengkaji semula atau mengubah suai aktiviti dan hala tuju yang telah ditetapkan semasa memulakan dan mengendalikan perniagaan.


   Sebagai panduan untuk mengurangkan risiko kegagalan perniagaan dengan membuat anggaran dan perkiraan hasil dan kos yang terlibat dalam perniagaan yang dirancangkan.

    Oleh itu, usahawan akan mengkaji dan menilai sesebuah rancanagn perniagaan sebelum membuat keputusan untuk memulakannya. Secara tidak langsung penyediaan rancangan perniagaan memerlukan usahawan mengumpul maklumat terkini dalam pasaran.

   Rancangan perniagaan juga disediakan untuk mengira jumlah modal atau wang yang diperlukan bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan. Oleh itu, pnyediaan dokumen ini dapat membantu usahawan mengenal pasti jumlah modal permulaan dan sumber pembiayaan yang diperlukan.

   Penyediaan rancangan perniagaan membantu usahawan memahami denga mendalam mengenai bidang perniagaan yang bakal diceburi. Usahawan perlu mengetahui setiap aspek pengurusan prniagaan seperti pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan



post by: Nabilah shahri

DISEBALIK PERANCANGAN PERNIAGAAN

  Perancangan perniagaan ialah sebuah dokumaen bertulis yang memberi keteranagn berkenaan perniagaan atau projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh. Rancangan perniagaan bagi semua orang untuk menyatakan dengan spesifik rancangan perniagaan disediakan. Antaranya ialah seperti memohon pembiayaan kewangan dari institusi kewangan berkaitan. Ianya juga dikenali sebagai merancang projek baru dan menilaikan daya maju projek yang dirancangkan dan sebagainya.


    Rancangan prniagaan umumnya mengandungi beberapa aspek penting antaranyanya ialah latar belakang perniagaan, latar belakang pemilik dan rakan kongsi, rancang organisasi, rancangan operasi dan rancangan kewangan untuk mengendalikan sesebuah perniagaan yang ingin ditubuhkan. Manakala bagi maklumat-maklumat penting yang harus ada alamat bagi menyatakan alamat perniagaan dan alamat surat menyurat. selain itu, bentuk perniagaan menyatakan sama ada perniagaan berbentuk perseorangan, perkongsian atau syariakt sendirian berhad. Tarik atau nombor perniagaan harga untuk perniagaan yang telah didaftarkan sahaja. Jika belum didaftarkan nyatakan masih dalam proses pendaftaran modal permulaan merupakan jumlah modal yang dibubarkan oleh usahawan ke dalam perniagaan. Bagi perniagaan sendirian berhad nyatakan modal dibenar dan modal dibayar perniagaan. Akhir sekali bank menyatakan bank dimana perniagaan mempunyai akaun. 

  Membuka perniagaan mesti mempunyai rancangan pemasaran iaitu barang atau perkhidmatan yang ditawarkan merancangann dengan jelas bentuk barangan atau perkdmatan yang akan ditawarkan kepada setiap pelangan. Selain itu, sasaran pasaran iaitu profail pelangan di sekitar kewanagn berkenaan. Menerangkan juga mengenai saiz pasaran dalam bentuk unit atau rnggit jualah, atau kedua-dua sekali. Ini merupakan langkah pertama dalam menganggarkan ramalan jualan. Seterusnya adalah dari segi ramalan jualan untuk membanyu syarikat mengeluarkan produk bagi memenuhi permintaan dan menbantu menyediakan anggaran kewangan yang mencukupi bagi meneruskan perniagaan setiap tahun. 

   Dalam memestikan perniagaan yang ingin ditubuhkan perlu diperlihatkan menerusi rancangan kewangan iaitu kos pelaksaan projek yang ingin dijalankan oleh setiap perniagaan projek yang ingin di jalankan oleh setiap perniaga-perniaga baru. Selain itu, dapat dilihat menerusi sumber pembiayaan projek pengeluaran pemasaran itu sendiri. Penyata pendapatan juga penting bagi memastikan keuntungan atau rugi semasa sesebuah perniagaan itu dilaksanakan. Kunci kira-kira juga perlu ada untuk penyata akaun. Jadual bayaran balik pinjaman atau sewa beli harus diambil kira untuk menyelesaikan hutang-hutang yang tertunggak dapat dijelaskan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Ini termasuk juga jadual susutnilai kenderan, banguan , perabot dan lain-lain asset tetap adalah termasuk dalam kategori belanja. 

     Disini jelaslah setiap pemohon hendaklah mengulas seba ringkas tujuan projek ini dijalankan dan rancangan perniagaan serta menekankan harapan agar rancangan perniagaan ini dipertimbangkan denganayat dan terma yang bersesuaian supaya rancangan perniagaan anda menyakinkan pihak penilaian projek.



post by:  siti normah